CaTaTaN sEoRaNg AkU.....
Thursday, March 17, 2011
Tuesday, February 15, 2011
Aku masih di sini....
Saturday, July 24, 2010
Renung-renungkan...
Mahalnya yuran dan kos pendidikan di Indonesia
GAJI pokok seorang pemandu peribadi di Jakarta adalah sekitar RM400 sebulan. Selepas dicampur elaun kerja lebih masa dan duit makan, keseluruhan gajinya adalah kira-kira RM700 sebulan.
Itulah rata-rata gaji yang diterima oleh golongan bawahan di Jakarta yang menjadi majoriti warga kota metropolitan tersebut.
Dengan gaji sebanyak itu, banyak keperluan asas yang tidak mampu dipenuhi oleh mereka, apatah lagi ketika harga barangan keperluan asas meningkat ekoran kenaikan harga minyak, tol dan tarif elektrik.
Lebih menyedihkan lagi, sistem pendidikan di Indonesia tidak mesra dengan golongan bawahan. Peraturan dan yuran yang dikenakan tidak seiring dengan pendapatan yang dibawa pulang oleh kebanyakan golongan berkenaan.
Kebanyakan sekolah di negara itu menetapkan hari persekolahan lima hari seminggu dan terdapat juga sekolah-sekolah swasta yang menetapkan enam hari seminggu.
Setiap hari, pelajar perlu memakai pakaian seragam yang khusus dan berbeza. Ini bermakna seorang pelajar perlu mempunyai lima atau enam pasang pakaian seragam yang berbeza untuk dipakai mengikut hari.
Bayangkan, jika pasangan yang mempunyai empat orang anak, sudah pasti jumlah pakaian yang perlu disediakan oleh ibu bapa adalah 20 atau 24 pasang kesemuanya.
Antara pakaian seragam itu adalah baju batik, seragam merah dan putih, seragam biru dan putih, seragam Pramuka atau Pengakap di Malaysia, pakaian sukan dan bagi sekolah agama Islam pula, ia mempunyai pakaian seragam yang hampir sama dengan baju Melayu di Malaysia yang dilengkapi dengan songkok.
Sistem persekolahan di Indonesia pula mengikut semester iaitu sepanjang tempoh enam bulan. Jika setiap semester ibu bapa mahu menukar pakaian seragam yang baru untuk anak-anak, mereka perlu membeli 20 atau 24 pasang pakaian seragam untuk keperluan empat orang anak.
Ini bermakna seorang anak memerlukan wang sebanyak kira-kira RM400 untuk pakaian seragam sahaja dan jika didarab dengan empat orang anak, ia menjadi RM1,600. Itu belum lagi kos menyediakan buku teks dan buku tulis yang harus dibeli sendiri oleh ibu bapa.
Bagi sekolah rendah dan menengah rendah, yuran pendaftaran dan bulanan tidak dikenakan kerana kerajaan Indonesia baru memperkenalkan pendidikan percuma untuk tempoh sembilan tahun.
Bagaimanapun, bagi sekolah menengah atas iaitu bermula tingkatan empat, sekolah mengenakan bayaran pendaftaran setiap enam bulan dan yuran bulanan termasuk sekolah milik kerajaan.
Yuran pendaftaran rata-rata adalah sekitar RM1,600 hingga RM2,000 dan yuran bulanan RM70 hingga RM100, bergantung kepada standard sekolah berkenaan. Jika sekolah berkenaan merupakan sekolah pilihan, yuran pendaftaran dan bulanan pastinya lebih tinggi.
Selain itu, pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke sekolah pilihan juga dikenakan syarat-syarat tambahan termasuk lulus ujian kesihatan dan bebas daripada penyalahgunaan dadah. Walaupun pemeriksaan perubatan itu dilakukan di hospital kerajaan, ia tetap dikenakan bayaran iaitu kira-kira RM100.
Selepas mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar dan lulus sekolah menengah atas, pekerjaan yang tersedia adalah sekadar pembantu jualan sahaja atau setaraf dengannya. Jika mahu kerja yang lebih baik, mereka perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Oleh kerana peraturan yang tidak menyebelahi golongan bawahan itu, ramai anak-anak di Indonesia terkandas separuh jalan kerana ketidakmampuan kewangan keluarga. Ia sekali gus menyebabkan mereka terus terperangkap di dalam lingkaran ganas kemiskinan.
Tujuan penulis memaparkan betapa tingginya perbelanjaan persekolahan di Indonesia tidak termasuk di sekolah antarabangsa yang semuanya dibayar dalam Dolar Amerika Syarikat adalah supaya rakyat Malaysia bersyukur kerana dapat menikmati pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah, manakala yuran pengajian yang rendah dikenakan di peringkat universiti.
Kerajaan juga tampil membantu dengan menyediakan tabung pinjaman pendidikan atau dalam bentuk biasiswa.
Melihat situasi di Indonesia, penulis teringat pada suatu ketika bagaimana ibu bapa bising dan berang apabila kerajaan mahu mengenakan yuran khas sebanyak RM4. Nampak sangat, betapa kita di Malaysia tidak mensyukuri nikmat yang dimiliki kini.
Saturday, July 17, 2010
Karya dan Kehidupan...
Sayang Selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan
Bagaimana kita mentafsirkan bait puisi ini? Relevannya dengan kehidupan masyarakat hari ini adalah mengenai sikap anak-anak gadis yang galak meninggalkan keluarga dan mengetepikan ibu bapa apabila sudah bertemu idaman hati... Saban hari kita dijamu dengan cerita-cerita seperti ini, sehingga dada kita terasa amat sesak dan nafas tercungap-cungap. Di manakah silapnya??? Jika 10 atau 20 tahun dahulu, cerita anak dara bunting jarang sekali kedengaran, tapi hari ini ianya seakan sudah lali pada pendengaran kita baik yang tinggal di bandar mahupun yang tinggal di ceruk desa...
Yang menerima akibatnya, badan kecil yang tidak mengerti apa-apa. Betapa kejamnya manusia, insan yang tidak berdosa dibunuh dan dinafikan haknya...Begitulah jika nafsu bertakhta dan beraja di hati. Bagaimana harus dikongsikan kesedihan dan rasa terkilan apabila setiap kali akhbar memaparkan kisah-kisah masyarakat yang berhati binatang. Ya Allah, Engkau lindungi dan selamatkanlah ahli keluargaku daripada segala bencana. Amin
Apa yang perlu kita renungkan ialah setiap puisi tinggalan nenek moyang kita mengandungi nilai yang patut kita contohi. Masyarakat zaman dahulu amat tajam pemerhatian dan penelitian mereka. Maka, setiap yang dihasilkan dapat menjadi panduan kepada anak cucu mereka.
"Buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan"
Inilah sebenarnya kehidupan masyarakat Melayu. Berpegang kepada kesusilaan dan menjunjung aturan agama. Apabila seseorang gadis berkahwin sudah pasti dia akan meninggalkan rumah ibu dan ayahnya untuk menumpahkan sepenuh taat setia kepada sang suami. Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan kehidupan yang sempurna bagi isteri. Dan adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk taat kepada suami kerana agama telah menetapkan bahawa "syurga seorang isteri terletak di telapak kaki suaminya"
Rindunya pada kehidupan lalu, tenteramnya apabila dikenang semula alam kanak-kanak dan dunia remaja. Syahdunya mengingatkan pengorbanan ayah dan ibu, sendu pasti berlagu mengenangkan keakraban hubungan adik-beradik...Itulah aku, sentiasa mengharapkan memori silamku sentiasa segar dalam ingatan agar mampu ku terus tersenyum dalam melayari bahtera kehidupan...........
Saturday, May 22, 2010
Dendam Seorang Isteri....
Sudah lama tidak meluangkan masa untuk menonton tv. Tajuk "Dendam Seorang Isteri" sudah cukup menarik untuk aku setia di hadapan tv. Kisah seorang lelaki yang pernah melalui zaman "jahat" pada usia mudanya tetapi mendapat petunjuk dan hidayah setelah kehilangan bapa yang disayangi. Haris mengahwini Dania yg pernah diperkosanya. Meskipun Dania dibesarkan oleh ibu bapa yang menitikberatkan didikan agama, tetapi peristiwa pahit yang dilaluinya menjadikan dia seorang yang jauh menyimpang dari landasan agama. Jalan ceritanya amat menarik...tentang kesabaran seorang lelaki yang bergelar suami... tentang kasih sayang seorang ayah... tentang dendam yang menguasai wanita sehingga hilang segala pertimbangan. Itulah bahananya apabila nafsu menguasai diri dan agama diketepikan...
Setiap manusia melakukan kesilapan, dan siapalah kita untuk menghukumnya. Meskipun ianya hanyalah sekadar cerita, tetapi mesej yang disampaikan sarat dengan pengajaran. Belajarlah untuk mensyukuri apa yang dianugerahkan kepada kita, dan maafkanlah kesalahan orang lain sekiranya kedamaian dan ketenangan yang dicari dalam hidup ini.
sering kali mendatangi kita,
itukah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan....
Kita asyik membicarakan
persoalan hidup dan pilihan
serta kejujuran semakin berkurang...
masih tiada bertemu jawapan......
Walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan.....
Mengapa sering terjadi pilihan tak menepati.....
hingga amat menakutkan menghadapi masa depan......
seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus.
Friday, May 21, 2010
Tarik nafas....hembus....
Banyak pengalaman dan peristiwa yang dilalui kebelakangan ini. Kata orang, pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa dan mensyukuri nikmat kehidupan. Malah pengalaman juga yang menjadikan kita lebih berhati-hati dan berwaspada dalam melalui kehidupan. Begitu juga dengan aku, Insya-Allah dengan apa yang dilalui aku semakin tabah dan kuat dalam meniti denai-denai yang adakalanya berliku dan sukar untuk aku harungi...
Seribu kseyukuran kupanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi kekuatan dan sokongan daripada orang-orang di sekelilingku dalam aku melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya, sebagai pendidik, sebagai isteri, sebagai anak, sebagai kawan........kalau boleh kepada sesiapa yang memerlukan aku dalam kehidupannya... tanpa insan2 ini hidup aku pastinya sunyi dan sepi.
16 Mei...sambutan Hari Guru, dan sebagai pendidik sudah pastinya aku juga turut merasakan bahang sambutannya. Sambutan di sekolah pada 17 Mei , Alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin meskipun tidak dapat memenuhi citarasa dan kehendak semua orang (mmg susah....ini baru shj menjadi pemimpin kecil, kalau jadi YB atau menteri atau boss besar mcm mana agaknya....) Walau apa sekalipun ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli MGK atas kerjasama dan kerja keras untuk menjayakan sambutan Hari Guru, begitu juga kepada murid2 Majlis Tingkatan Enam yang ringan tulang dan kreatif dalam melaksanakan tugasan yang diberi... Benar kata orang cerdik pandai, kejayaan yang besar bukan memerlukan usaha yang sedikit... Tahniah untuk semua!!!
Tika dan saat ini, bertimbun2 tugasan yang menunggu untuk dilaksanakan. Semoga aku masih lagi ada kekuatan untuk memikul amanah ini dan berhadapan dangan karenah manusia yang tiada batasnya...Kadang2 teringat juga kepada iklan yang sering di siarkan di TV1....ttg sikap kita sebagai manusia yang suka mempertikaikan sesuatu walaupun apa yg akan dilaksanakan itu adalah untuk kebaikan bersama.......
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya....
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
( Surah al-Baqarah : 286 )
Thursday, January 21, 2010
Tabahkan hatimu adikku....
Tangisan Izyani, adik iparku sangat meruntun hatiku.... Terbayang wajah arwah adikku yang meninggal dunia hampir lima tahun yang lalu. Saat mendengar suara dan tangisan Izyani dalam telefon, air mataku laju mengalir. Begitulah kesedihan yang aku alami saat pemergian arwah adikku Syamsul. Masih segar dalam ingatanku, pada malam dia meninggal dunia, aku dalam perjalanan untuk pulang ke kampung. Hasrat kepulanganku adalah untuk bersamanya, bergelak ketawa dan melihat wajahnya mengukir senyuman. Arwah adik lelakiku memang manis orangnya apatah lagi waktu dia mengukir senyuman... tetapi Allah terlebih dahulu menjemputnya. Kepulanganku tidak disambut gurau tawanya tetapi sekujur tubuh yang kaku! Aku rasakan duniaku gelap...aku menangis dan menangis. Pada waktu itu, aku berdoa semoga Allah mengambil nyawaku agar aku dapat berjumpa dengan arwah adikku.... Sebagai hambaNya, aku akhirnya redha. Engkau lebih menyayanginya ya Allah.
Adikku Izyani....
Sabarlah adikku... semua ini adalah dugaan daripada Allah terhadap hambanya. Dia dipinjamkan sebentar kepada kita, sampai masanya Allah mengambilnya semula. Kita doakan semoga arwah dicucuri rahmat. Kak Chik faham perasaanmu dik... Tabahkan hatimu...sama-sama kita menadah tangan memohon doa daripadaNya agar roh adik-adik kita bersama-sama golongan yang beriman.
Berikut adalah petikan berita kemalangan yang menyebabkan kematian Khairul Jauhari. Berita ini aku petik dari NST Online :
Petronas engineer killed in crash
2010/01/21
KUANTAN: A 27-year-old Petronas engineer was killed on the spot while two of his friends escaped with injuries after their car crashed into the support pillar of an overhead bridge at Km 6 of the Kuantan-Kuantan Port by-pass road early yesterday morning.
Both his collegues, Mohd Fadzli Ismail, 27, from Tanah Putih here and Mohd Firdaus Amrizal, 27, from Johol in Negri Sembilan suffered light injuries and have been warded at Tengku Ampuan Afzan Hospital for treatment.
Initial investigations revealed that the three were on their way to attend training in Kerteh, Terengganu, when Khairil drove into a puddle of water along the road before the car hit the support pillar.
The vehicle then skidded on the overhead bridge before turning over on the road.
Khairil's father, Johar Mohd Darus, 63, said his son had been working in Sarawak for the past three years and had arrived at their home in Petaling Jaya on Tuesday evening.
"He immediately left for Kuantan and told me that two of his friends would also be joining him during the trip," he said.
Deputy district police chief Superintendent Zulkifli Taha confirmed the accident.
Al-Fatihah...